27 Aug

Nisa’, hunus penamu!

11873661_1462857024019237_4846715665676472724_n

 

WII kali ini berkonsepkan pengisian “bagaimana muslimat menghadapi cabaran semasa” selama 2 hari di Mie-ken, bersama penceramah istimewa yang diterbangkan khas dari Malaysia.

Seiring dunia serba maju, pelbagai fakta yang berlegar di media massa sangat mengelirukan kita dan sedikit sebanyak mampu mengoyahkan pendirian hidup dan fahaman kita terhadap sesuatu isu yang berlaku.

Tema WII 2015 adalah “Nisa’ Hunus penamu! ” bertujuan untuk mempersiapkan muslimah dengan pelbagai ilmu sebagai bekal tatkala diri teruji dengan cabaran yang mendatang.

————————–—–♥——————–———————

Bersempena musim luruh yang bakal menjelang tiba, IPIJ bermotokan ‘tarbiyyah berterusan ukhuwwah berpanjangan” akan terus memastikan masa lapang para musafir ilmu di seluruh Jepun terisi dengan menyajikan pelbagai program ilmu dan aktiviti yang menarik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, WII adalah program tahunan khas untuk peserta muslimat dan ICL untuk peserta muslimin.

Moga Allah memberi kemudahan kepada kita semua untuk menjadi pemuda pemudi yang sentiasa sibuk dengan urusan yang mendekatkan diri kita kepada-Nya.
insyaAllah

07 Sep

Woman of Jannah 2.0

10606333_698667763548896_2152823964438411826_n

Hidup ke Jannah adalah satu pilihan. Pilihan itu perlukan usaha dan perlaburan.

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(Riwayat al-Hakim)
Subhanallah. Kata-kata yang penuh maksud dan erti tersirat. Mari sama-sama menyediakan diri untuk menjadi seorang bidadari syurga.Dengan rendah dirinya, kami ingin menjemput anda ke Wii 2014, Woman of Jannah 2.0.

Kita nak buat kek sedap kena tahu resepi kan?
Kita nak dapat kehidupan yang ‘sedap’ kena tahu juga resepinya kan?
Tugas ‘Woman of Jannah’ itu besar, berbaloi dengan ganjaran yang menantinya!
Jannah itu indah. Tiada di dunia yang seindah Jannah.
Jom berjumpa di ‘taman syurga’ pada 1-2hb November di Toyama-ken.
Masa terhad, tempat terhad. Jom daftar sekarang!



Dibawakan khas untuk sisters oleh sisters Ikatan Persaudaraan Islam Jepun.